Bismillah

Redha Allah adalah matlamat. Yang lain, adalah wasilah untuk medapat kehidupan yang diredhai Allah
.

Saturday, June 12, 2010

JAULAH JAULAH JAULAH

Salam'alaik.

Subhanallah, kini sedang berehat di bilik bersama akhwat tersayang. Ke3, bendahari sedang susun perbelanjaan untuk petang tadi...

Ya Allah, semua orang macam lapar aje, menjamah makanan bendahari... Kira2, tadi semua baru aja habis dua program berturut2. Mabit lepas tu Jaulah. Bukan apa...mabit dan jaulah kecil-kecilan...

Alhamdullilah, malam tadi mabit bersama, 5 orang peserta hadir. Pengarah dan program coordinator yang dipilih secara spontan, tersengih2 sahaja ketika menjalankan "tentatif" program.
Ya Allah... berangan2 sudah kami...

Program "quiz tajwid, truth and truth, bercerita, party qiam (midnight plus slumber party), program evaluasi dan pertunjukan video juga berakhir dengan baik. Insyallah, objektif ukhwah dan iman dan terutamanya ilamardotillah tercapai...

Pagi itu, dikejutkan (t'tidor lepas subuh) pula dengan msg murobbiah yang sudah bersedia untuk bawa kami ke air terjun gombak... Dengan tergesa2nya, tangan mencapai semua benda yang boleh sebelum keluar. Nasib baik, semua benda sempat bawa.

Gembira plus rindu, kami berenam naik kereta ke destinasi. Walaupun sedikit mai2 lagi, bergerak ke gombak yang bersuasana kampung keluar dari kawasan Kl, sejuk mata memandang. Alhamdulillah Ya Allah atas nikmat ukhwah ini...
Jaulah yang bertemakan "Muhasabah cinta".

Kami berjungle trekking jugalah sebelum dapat sampai ke spot pilihan kami... (Best!) Bunyi air deras dikelilingi dengan pokok2 hijau. Subhanallah, takjubnya dengan ciptaan Allah! Lalui jalan yang kecil, batu yang licin dengan lumut, terowong besar di bawah jalan raya, akhirnya jumpa spot untuk kami berkelah.

Macam sedang ber'adventure'... orang baca novel, kita betul2 mengalaminya...

Setelah decide dengan arah kiblat, akhwat pun solat dhuha di tepi sungai, sementara murrobiah tilawah di dalam sungai...Usai semua solat, tiba2 sahibah tunjukkan ana dengan ayat yang baru dibaca didalam sungai tadi...

55:54 "Sungguh, orang-orang yang bertakwa berada di taman-taman dan sungai-sungai,"

Tersentak, ana terus melihat murobbiah dan akhwat lain yang bermain di dalam sungai...tersenyum sahaja kami berdua melihat ayat itu.. Ya Allah, tempatkanlah kami di taman-taman syurgamu itu ya Allah. Amin Ya Rabbana.

Lapar. Semua lapar. Berbekalkan roti, tuna dan peanut n butter. Kami semua mengisi perut sekejap, sebelum turun ke sungai.

Program tasmiq juzuk amma, zikrullah, dan menyelam, makan buah, terapung selesai kami lakukan...

Rupa2nya spot yang kami pilih itu, menjadi juga laluan beberapa orang... terpaksa kami berhenti dan duduk berendam sementara menunggu.

"SPLASH!!!"

Tiba2, berdekatan dengan kami, ada benda jatuh dari atas sungai.

Masa seperti bergerak dengan pantas waktu itu. Mataku terlihat dengan satu bayangan tali kuning-kehijauan berenang berdekatan kami. Murobbiah juga perasan. Tiba2 rasa tak sedap hati. Seorang sahibah berkata "Ranting". Terus ku buang perasaan itu, bersyukur "ranting" itu tidak jatuh ke atas kami.

Tiba2, semua orang cemas. Seorang demi seorang berdiri,bergegas ke daratan. Ya Allah, kenapa?


Ular.


Rupa-rupanya, bayangan yang dilihat itu adalah ular. Macam mana boleh perasan? Rupa-rupanya, "ranting" itu cuba masuk ke seluar sahibah. Dalam proses nak keluarkan ranting tu, terasa kegetahan dan kelembutan ranting itu. Shudder...INI. BUKAN. RANTING. Apalagi, terus dilepaskan 'ranting' itu. Bergegas naik ke darat.

Di hujung sungai, terlihat ular hijau itu berselirat di pohon. Ya Allah. Hanya kepadaMu kami berlindung...

Terkejut, semua orang decide, jaulah di air terjun sudah berakhir. Semua bersiap ingin balik.

Berat hati juga ingin mengakhiri perjalanan ini. Refresh balik perjalanan... tersenyum. Cek niat balik. Semoga Allah meredhai akan perjalanan kami. Terasa kemanisan ukhwah itu disepanjang perjalanan. Di sebalik senyuman, pergerakan, nasihat, perasaan risau, kesusahan, even kekurangan itu sendiri... terdapat kebahagiaan, terdapat nikmat... if u know where to look...

Islam yang mengajar kita tentang ukhwah, tentang iman. Kemudian ukhwah mengajar kita tentang islam dan iman.

Sambil dalam perjalanan balik, kami singgah melawat Uia, Gombak. Universiti yang mengelilingi masjid. Indahnya. Satu pusingan kemudian... cfs, menunggu kepulangan kami.

Begitulah, mabit+jaulah kami. Kenangan yang berharga ini InsyaAllah, akan sentiasa diingati. Uhibbukafillah...

Jazakillah semua.

No comments:

Post a Comment