Dulu, tarbiyyah bagaikan sesuatu yang dipaksa-paksa
Kini, ia bagaikan sesuatu yang terlalu berharga untuk dilepaskan,
Kini, ana mula mengenali erti Islam dan Cinta yang sebenarnya,
....
Ana mencemburui dirimu,
Dirimu, para muslimah yang bersekolah tahfiz dan agama.
Dirimu, yang diberi peluang mengenali Rasul dan Tuhanmu sejak kecil,
Dirimu, yang menjadi contoh teladan untuk kami,
Dirimu, yang bertudung labuh,
Dirimu, muslimah yang dicemburui bidadari,
Dirimu, yang sangat ku hormati dan kagumi,
Dirimu, sayangku...
Tapi sayangku,
Sebak hatiku melihatmu,
Kenapa?
Kenapa susah untuk ana mencarimu?
Dimanakah sayang-sayangku yang dulu bertudung labuh?
Dimanakah sayang-sayangku yang berilmu?
Ana perlukan pertolongan,
sudikah dirimu berkongsi ilmu dengan ku?
ana ingin mencontohi dirimu,
Ana perlukan pertologan,
ana juga ingin mengenali Rasulku dan Tuhanku,
Ana juga ingin mengenali siapa diriku,
Ana perlukan pertolongan,
Ana yang sedang lemas dalam lautan dosa,
Ana juga ingin menghidu bau syurga,
Ana perlukan pertolongan,
ana ingin belajar darimu.
Tapi, dimanakah dirimu?
Kenapa diselakkan perhiasan dirimu?
Kenapa disimpan ilmumu?
Kenapa?
dan kenapa?
.......
Aah, ana serabut... pembaziran masaku dan mu... kenapa? kenapa?
2 comments:
Bismillah. SubhanAllah, ana kasih, ana sayang pada ukhti. Dek kerana hati yang meronta-meronta mencari erti dan juga pedoman, teruskan berdoa... moga Allah menghadiahkan pertolonganNya meringankan hati yang lara. Semoga dirimu sentiasa dalam naungan rahmatNya. Semoga Allah mengurniakan kekuatan, ketabahan, kebahagian dan ilmu pengetahuan buat ukhti yang dirindui. Semoga kita bertemu lagi. Salam sayang buatmu, wahai srikandi Saidina Uthman.
P/S: Kugar tidur nyenyak dipupuk 'ayat-ayat cinta' dari kalam Allah. Terlalu lena sehingga tidak sedar akan guruh yang berdentum kuat di luar.
Salam'alaik ukhti, Amin Ya Rabbana.
Ana mungkin balik rumah lama lagi, program hisbah dah bermula, mid-sem pun sama, assignment mula meningkat...
iyalah, dah lama tak ada gathering ramai2... InsyaAllah, bertemu kembali... Kirim salam kat sume.
Post a Comment