Bismillah

Redha Allah adalah matlamat. Yang lain, adalah wasilah untuk medapat kehidupan yang diredhai Allah
.

Friday, July 9, 2010

SERUAN JIHAD SAYANGKU!

SERUAN JIHAD SAYANG2KU!

Baik, malam jumaat lepas, cfs iium menerima jemputan activist mavi marmara yang ke dua. Tapi, tidak bisa untukku mendengarnya. Lecture Hall sudahpun dipenuhi dengan student sehingga, ramai student tersembur keluar. Ana pun hanya bisa menoleh ke belakang. Tak dapat mendengar apa2 jika berdiri di luar.... Ah, ingin ku menjerit.

Tadi, baru sahaja bersembang dengan kawanku yang sempat berada di dalam LECTURE hall. Jazakillah bayk2 kepada beliau, sebab.. sahibahku telah menulis perkongsian pada malam itu dalam DOC! yes, it means that I CAN share it with minna-san! (semua~!)

so, the proses of copy pasting SHALL COMMENCE!

Lecture on Mavi Marmara
By: Ustaz Mustapha Mansor


Malam tadi ada ceramah bertajuk Mavi Marmara yang disampaikan oleh salah seorang daripada 70 orang aktivis yang berada di dalam kapal,iaitu Saudara Mustapha Mansor di Lecture Hall A,Universiti Islam Antarabangsa (UIA),Petaling Jaya pada 8hb July2010,9pm-11.50pm.

Sejarah Mavi Marmara & Rachel Corrie.

Mavi Marmara adalah kapal yang membawa lebih kurang 700 aktivis dari serata dunia yang membawa misi yang sama iaitu misi kemanusiaan.
Rachel Corrie,nama yang diambil sempena seorang gadis warganegara Amerika Syarikat. Gadis ini bersama-sama dengan rakannya pergi Gaza untuk membantu rakyat Palestine. Pada suatu hari,sebuah kereta kebal zionis melancarkan serangan dan merobohkan rumah penduduk Palestine. Rachel Corrie menahan kereta kebal tersebut,dan akhirnya beliau meninggal dilenyek oleh kereta kebal tersebut.

Apa Yang Ada di Gaza?

Kanak-kanak didera dari segi psikologi. Bayangkan pergi ke sekolah sebagai seorang pelajar,dan disambut balik ke rumah sebagai seorang syuhada. Ribuan penduduk Palestine dipenjara tanpa sebab. Tentara Zionis meluru masuk ke rumah dan mencekup sesiapa saja tanpa belas kasihan,malahan membunuh anak,ibu,dan ayah di hadapan saudaranya sendiri.Di Palestine juga terdapat pemimpin-pemimpin yang berani seperti Sheikh Ahmad Yasir,dan Perdana Menteri Palestine sekarang iaitu Ismail Hani.

Ismail Hani adalah Perdana Menteri Palestine yang dipilih secara demokrasi oleh penduduk Palestine. Ismail Hani adalah ketua kepada kerajaan Hamas. Malangnya,bumi Palestine dan penduduknya dihukum disebabkan pilihan ini. Israel,Amerika Syarikat beserta sekutunya berpakat menentang kerajaan Hamas kerana tidak sealiran dengan mereka. Mereka telah membina sebuah penjara yang besar,dapat dilihat dari langit,tetapi dikelilingi tembok besar yang tidak bisa dirombos dengan mudah. Mesir adalah antara negara yang turut sama menyumbang kepada pembinaan tembok ini. Sungguh kasihan untuk menerima kenyataan ini. Terdapat lebih 1.5 juta penduduk Palestine terkurung di dalam tembok tersebut.

Sebelum diserang Israel,iaitu pada zaman ketika Palestine adalah sebuah negara yang aman damai,rakyat Palestine seperti kita. Merapu jugak. Mereka pun minat Michael Jackson dan sebagainya. Tetapi setelah diserang oleh Israel,mereka mula berubah. Seorang tokoh yang bernama Syeikh Ahmad Yasir berperanan mengajak penduduk Palestine untuk kembali kepada Islam,justeru menubuhkan sebuah kumpulan iaitu dikenali sebagai Puak Hamas. Israel dan sekutunya mengannggap Hamas sebagai pengganas.

Penduduk Palestine juga terdiri daripada kaum muslimat yang kuat. Mereka rela berjuang menentang Israel. Konsepnya begini,daripada mereka diserang dan dibunuh sesuka hati oleh tentera Zionis,lebih baik mereka menentang dengan menggunakan kekuatan mereka sendiri.
Israel,Amerika Syarikat dan Mesir sesungguhnya merupakan sekutu yang zalim. Mereka membina tembok tinggi sekeliling Gaza,mengurung lebih kurang 1.5 juta penduduk Palestine. Sesiapa sahaja yang mendekati tembok tersebut dalam linkungan jarak 100m,akan ditembak,walaupun yang lalu hanyalah seekor kucing. Betapa hina dan takutnya orang Yahudi. Dengan kucing pun dia takut.

Bermulanya Cerita Mavi Marmara.

Ustaz Mustapha Mansor menyatakan bahawa Perdana Menteri Turkey,Erdagon memainkan peranan penting dalam membebaskan kesemua aktivis Mavi Marmara dalam masa 24 jam tersebut. Bullen,iaitu penganjur kepada program penghantara kapal kemanusiaan Gaza dikatakan mempunyai susuk tubuh yang sangat tegap dan sihat. Tangannya sahaja sudah sebesar peha kita.

Diceritakan kehidupan di dalam kapal Mavi Marmara. Ia adalah sebuah kapal pengangkut barang-barang kemanusiaan. Ruang untuk penumpang tidur,berehat dan sebagainya ditumpukan di suatu tempat yg kelihatan seperti deretan sofa-sofa biru. Disanalah,kesemua penumpang menjalankan aktiviti harian termasuk tidur,berehat dan makan. Ia bukanlah sebuah kapal yang mempunyai ruang-ruang khas untuk tidur. Semua penumpang tinggal di tempat yang sama tidak kira usia,juga harta.

Israel dan sekutunya menuduh bahawa kapal Rachel Corrie adalah kapal yang membawa bahan2-bahan merbahaya. Tetapi pada hakikatnya,ia hanyalah sebuah kapal yang membawa simen untuk membina rumah-rumah di Palestine. Rachel Corrie adalah kapal yang dibeli hasil daripada kutipan derma ketika tercetusnya Perang Lebanon pada tahun 2006. Kutipan derma mencecah 23 juta ringgit dan separuh daripada hasil kutipan itu digunakan untuk membeli kapal Rachel Corrie. Bayangkan betapa deritanya kehidupan penduduk di Gaza. Air mereka beracun. Gas fosforus yang dilepaskan oleh Zionis dari udara menyebabkan gas beracun ini meresap ke dalam sumber-sumber air mereka,hatta menyebabkan airnya beracun,dan tidak boleh diminum.

Perkara Menarik Tentang Aktivis Mavi Marmara.

Ustaz Mustapha Mansor berbual dengan seorang aktivis yang datangya dari Belgium. Beliau merupakan seorang guru tadika,namanya Inger. Ustaz bertanya kepada dia,datang ke sini dengan belanja siapa? Beliau menjawab,beliau menggunakan tabungannya sendiri yang sudah disimpan sejak sekian lama. Subhanallah,seorang bukan Islam boleh pergi sejauh itu untuk menolong saudara-saudara Muslim kita di sana. Beliau mengatakan beliau ingin ke Gaza kerana ingin melihat anak-anak Palestine di sana ,penderitaan,dan apa yang boleh dibantu.Mashaallah.
Pihak German juga memainkan perana penting dalam menjayakan kempen ini. Mereka menggunakan media untuk menyalurkan maklumat-maklumat dan kempen membantu Gaza selain mnyatakan kebenaran disebalik pembohongan yang didedahkan oleh pihak Israel melalui medianya sendiri iaitu CNN.

Para aktivis yang bersama Ustaz Mustapha Mansor berkumpul dahulu di Crete. Di sana,mereka menjalankan strategi serangan media,di mana media dijadikan medium untuk menyampaikan misi kemanusiaan ini ke serata dunia.

Kemudian,di Crete,Ustaz Mustapha Mansor berkenalan dengan seorang lagi aktivis kemanusiaan iaitu Anne Wright. Anne Wright merupakan Mantan Kernel US dan juga Timbalan Diplomat US di 4 buah Negara. Bukan calang-calang orangnya,dan beliau adalah sangat berpengaruh suatu ketika dahulu di US. Anne Wright mengatakan kepada Ustaz Mustapha Mansor bahawa,Israel sudah menyediakan sebuah penjara untuk kita.....

Disaat mendengar ucapan daripada Anne Wright,Ustaz Mustapha Mansor segera menghar email kepada Ustaz Fuad (Head Department of Quranic Language Department UIA PJ) bahawa,kapal kami,confirm akan diserang. Dia menyeru agar pertolongan segera dihulurkan. Ustaz Fuad dengan segera menghantar email kepada kesemua pemimpin-pemimpin tertinggi kita termasuklah Perdana Menteri sendiri iaitu Datuk Seri Najib Tun Razak. Sayang seribu kali sayang,email yang dihantar hanyalah sia-sia. Sewaktu para aktivis sampai ke Malaysia,mereka disambut dengan baik oleh kesemua rakyat Malaysia termasuk pemimpin-pemimpin. Sayang seribu kali sayang, Ustaz Mustapha Mansor menunjukkan bukti email yang dihantar kepada ahli-ahli parlimen Malaysia. Sayang sekali,email itu tidak dibaca. Subhanallah. Tulah,Ustaz kata nasib lah kami masih hidup,kalau kami meninggal,apa agaknya pihak kerajaan nak jawab. Ustaz menyeru,kami yang berada di hadapannya pada malam itu,bangun dan gantikan pemimpin-pemimpin Malaysia sekarang. Pemimpin masa depan kene baca email..hehe

Proses Sebelum Menaiki Kapal X.

Sebelum Ustaz dan para aktivis menaiki Kapal X untuk ke Gaza,mereka dikehendaki mengisi borang. Kandungannya,jika ada apa-apa yang terjadi,siapa yang akan kami hubungi? Apa proses yang patut kami lakukan? Terdapat 5 orang muslim,termasuk Ustaz,yang lagi 40 orang bukan Muslim. Yang membanggakan,orang pertama yang menghantar borang tersebut adalah seorang bukan muslim. Beliau tanpa ragu-ragu mengisi borang tersebut.dan yang menariknya,untuk soalan “apa proses yang patut kami lakukan jika apa-apa terjadi,jawapan dia,”Kubur saja kami di Gaza”.

Subhanallah,melihatkan semangat aktivis bukan Islam sebegitu,Ustaz berasa sangat malu. Kerana seorang bukan muslim,boleh begitu ikhlas dan bersemangat untuk menolong saudara-saudara Islam kita di sana.

Selesai mengisi borang tersebut,45 orang aktivis,termasuk Ustaz Mustapha Mansor berangkat menuju ke Gaza menaiki Kapal X yang mengambil masa 30 jam perjalanan. Setibanya di tengah perairan Cyprus,Kapal X menghadapi masalah. Stearing rosak,pump air tak keluar,dan minyak habis. Oleh yang demikian,mereka menghubungi pihak Cyprus untuk meminta pertolongan.Malangnya, Cyprus enggan memberikan pertolongan kerana telah diugut oleh Israel dan US. Perjalanan mereka berbaki 20 jam,tanpa minyak mana mungkin Kapal X dapat meneruskan perjalanan. Alhamdulillah,kapal Mavi Marmara yang dalam perjalan yang sama dengan Kapal X,menumpangkan mereka semua. Yakni,Ustaz Mustapha Mansor adalah antara orang yang terpilih untuk berada di Kapal Mavi Marmara....

Kapal Mavi Marmara Membawa Misi Kemanusiaan,bukan Keganasan.
Sebelum kesemua aktivis ini menaiki kapal Mavi Marmara,mereka diperiksa 100%bebas daripada senjata-senjata berbahaya. Pemeriksaan dilakukan dengan begitu rapi,hatta menggunakan mesin scan itu sendiri.Jadi,tuduhan melulu Israel bersama sekutunya bahawa Kapal Mavi Marmara membawa senjata berbahaya adalah tidak masuk akal. Yang didakwa mereka senjata-senjata berbahaya adalah pisau yang berada di kapal tersebut. Pisau itu digunakan untuk tujuan memotong roti,sayur,dan buah-buahan. Di mana letaknya kewarasan fikiran penduduk dunia sekarang. Adakah sebilas pisau pemotong roti lebih merbahaya daripada sepucuk laser gun yang digunakan oleh pihak Israel tatkala menyerang Kapal Mavi Marmara??Subhanallah,betapa takutnya orang Zionis.

Kapal ini juga membawa seorang anak kecil yang berusia di bawah 1 tahun. Selain itu,jumlah muslimat(perempuan) di dalam kapal itu juga ramai. Adakah sebuah kapal pengganas membawa anak kecil dan perempuan? Di mana letaknya kewarasan minda mereka? Selain itu,kapal itu juga membawa orang-orang tua,golongan usia yang kudratnya sudah lemah. Malah,ulama-ulama hebat juga berada di dalam Kapal Mavi Marmara. Tidak wajar mereka mempertikaikan kredebiliti mereka sebagai seorang ulama yang hebat.

Ustaz Mustapha Mansor menyatakan bahawa,pihak Israel yang menyerang Kapal Mavi Marmara sudah mempunyai senarai nama mangsa yang akan dibunuh,beserta gambar mereka. Ini bermakna,mereka sudah mempunyai personal detail berkenaan setiap aktivis yang berada di Kapal tersebut. Hairan tak? Tapi bila fikir balik,sebenarnya tak pelik pun. Bahkan kesemua daripada kita telah memberikan Personal Detail kita kepada Yahudi. Melalui apa? Ya,Facebook. Disitu,kita telah meletakkan,segala butir-butir peribadi,beserta dengan gambar. Kita telah memudahkan urusan pihak Zionis bukan? Mashaallah....

Ukhwah di dalam Kapal Mavi Marmara

Antara perkara menarik dan sangat terkesan yang dapat Ustaz rasakan apabila berada di dalam kapal tersebut adalah rasa pertalian ukhwah antara sesama manusia tidak kira agama,pangkat mahupun harta. Bayangkan,apabila mereka mendapat tahu bahawa Ustaz dari Malaysia,mereka bukan main seronok. Mereka mengatakan “Mashalllah,anta datang dari jauh,anta lebih mulia dari kami”. Tidak cukup dengan sambutan yang mesra,malah mereka dengan selamba memasukkan duit ke dalam poket seluar Ustaz. Banyak ye. Beratus-ratus dollar.Sambutan yang diberi sangat menyentuh hati.Hatta,apabila mereka beratur mengambil makanan,mereka saling mendahului sahabat yang lain. Tidak kurang juga yang menyediakan hidangan untuk rakan-rakan. Betapa manisnya ukhwah di situ.

Aktivis yang berada di dalam kapal Mavi Marmara bukan calang-calang. Antaranya ialah jutawan,ahli parlimen,orang penting kerajaan dan para alim ulama. Tetapi,mereka sangat zuhud. Tidur di sofa,lantai,tidak menjadi masalah bagi mereka. Kerana niat utama mereka adalah untuk membantu rakyat di Bumi Palestine yang sudah menderita lebih kurang 60 tahun...


Salah seorang penumpang yang turut berada di dalam Kapal Mavi Marmara adalah seorang Paderi. Paderi tersebut ialah seorang yang berumur 60 tahun. Beliau mempunyai penyakit kencing manis. Jika beliau lewat mengambil ubat yang sepatutnya,seluruh badannya akan terketar-ketar. Melihat keadaan tersebut,saudara muslim kita membantu paderi tersebut. Di sini letaknnya kematangan iman. Berbuat baik itu tidak kira siapa kan. Dari situlah bermulanya dakwah. Malah,paderi itu kelihatan dipimpin tangannya oleh muslim tatkala ingin berjalan kerana umurnya yang lanjut. Pendek kata,keadaan di dalam Kapal Mavi Marmara itu sangat indah,penuh ukhwah.

Kesemua penumpang di dalam kapal tersebut mempunyai kerja tersendiri. Tiada yang berat tulang. Semua bersemangat untuk membuat kerja masing-masing.Pada waktu malam,terdapat pengisian rohani,termasuklah nasyid dan zikir.Ustaz Mustapha Mansor mengatakan bahawa tatkala beliau mendengar nasyid dan zikir tersebut,jiwanya berasa terlonjak. Mungkin kita dapat menghidupkan budaya ini di dalam kehidupan kita,kerana dengan cara ini,semangat yang lemah,dapat disenyawakan kembali.Pada pukul 3 pg,sheikh akan menggerakkan mereka untuk bangun qiam. Tok syeikhnya hebat. Baca doa 30-40 minit. Syeikh hebat,kerana makmumnya juga hebat. Hatta mewujukan suasana yang sangat optimum.
Aktiviti-aktiviti ini berterusan hari demi hari....

Serangan Israel terhadap Kapal Mavi Marmara.

31hb Mei 2010.Ini lah detik-detik terakhir di dalam Kapal Mavi Marmara. Malam yang pada ketikanya mereka di ambang maut. Pada malam itu,selesai solat,sheikh mengarahkan mereka untuk membuat persedian dengan memakai life jacket. Ini adalah untuk menghadapi kemungkinan tentera Israel akan menyerang pada malam itu dan juga sekiranya memerlukan mereka untuk berenang.

Setiap orang diberikan tugas masing-masing. Wanita-wanita diminta menjaga pintu keselamatan. Kesemua diletakkan di satu tempat mengikut bangsa. Dek kapal yang teratas meletakkan orang Turki. Masuk akal jugak. Kerana mereka berbadan besar.,dan mereka lah selayaknya duduk di atas Mereka berbadan sasa,mereka makan makanan yang special. Meraka juga mempunyai kecerdasan minta yang baik. Ustaz Mustapaha Mansor dan yang lain ditempatkan di dek bawah.

Sewaktu mempersiapkan diri,meraka diajak makan. Tetapi Ustaz hanya makan kurma. Alhamdulillah,dengan berbekalkan kurma yang dimakan,ia dapat menahan kelaparan memandangkan mereka tidak dapat makan 40 jam selepas itu apabila ditahan oleh Israel.
Sampai lah waktu Subuh,serangan dilakukan. Israel ni pandai. Dia cari kelemahan musuh. Dia tahu,pada waktu itu,kebanyakkan penumpang pasti di dalam keadaan letih dan mengantuk.
Bot-bot tentera mengikuti kapal Mavi Marmara dari kiri dan kanan. Saat kelihatan tentera tersebut,kedengaran bunyi tembakan yang dilepaskan oleh tentera daripada bot tersebut.Peluru yang digunakan bukan peluru hidup,Tetapi peluru yang bila dikena,cedera jugak. Peluru itu mengeluarkan cecair bewarna merah.Tentera Zionis di dalam bot tersebut tidak berjaya menaiki kapal Mavi Marmara,kerana penumpang di Mavi Marmara mempertahankan diri mereka dengan membaling air supaya tentera tidak berjaya menaiki kapal tersebut.

Tidak lama selepas itu,datang sebuah helicopter Israel yang membawa tenteranya. Helikopter tersebut berlegar-legar di atas kapal untuk menurunkan tenteranya. Sebelum tentera tersebut sampai ke dalam kapal,kelihatan pointer laser gun mengarahkan sasarannya kepada penumpang-penumpang. Keadaan menjadi semakin huru-hara. Ada di antara penumpang yang mengambil inisiatif untuk melastik tentera-tentera Israel. Tetapi kelihatan tentera Israel berasa sangat takut.
Pada ketika itu,pihak Israel telah menembak 4 orang penumpang Mavi Marmara. Malah,terdapat 2 orang tentera Israel yang tercedera kerana ditembak oleh rakan tentera mereka sendiri. Antara yang tercedera adalah Bullen,dan seorang wartawan Indonesia. Wartawan ini patah tangannnya. Sewaktu berlabuh di pelabuhan Ashdod,dia dibawa ke Hospital Israel.Dia bukan dirawat,malangnya diberi racun.

Pada waktu yang sama,Kevin,seorang warga Canada menunjukkan senarai nama mangsa yang akan dibunuh oleh Israel yang dijumpainya ketika terjadinya serangan.Pengumuman dibuat untuk menyeru penumpang-penumpang supaya bertenang. Dia menyuruh penumpang supaya jangan membuat serangan balas,banyakkan berzikir. Ada juga segelintir yang mengambil peluang untuk solat,tatkala tentera-tentera Israel beredar pergi. Wartawan-wartawan yang berada di kapal tersebut tidak henti merakamkan segala yang terjadi,sebagai bahan bukti untuk ditunjukkan kepada penduduk dunia akan realti sebenar siapa Yahudi sebenarnya.

Sewaktu hari semakin terang,kelihatan tentera Yahudi datang kembali ke arah kapal Mavi Marmara. Kini bersama sebuah kapal perang. Ustaz juga mendengar cerita bahawa terdapat sebuah kapal selam yang berada dekat dengan kapal Mavi Marmara. Tentara Zionis mendakwa kapal Mavi Marmara berada di dalam perairannya. Tetapi hakikatnya,juru mudi kapal Mavi Marmara 100% yakin bahawa ketika mereka diserang oleh tentera Zionis,mereka berada pada 72batu nautika daripada perairan Israel. Hakikatnya,perairan Antarabangsa bermula 20 batu nautika lebih daripada perairan Israel. Jadi tidak masuk akal apabila tentera Zionis mengatakan Kapal Mavi Marmara telah menceroboh perairan mereka sedangkan mereka berada di dalam perairan Antarabangsa dan berada sangat jauh daripada perairan Israel.

Tentera-tentera Zionis mendekati Kapal Mavi Marmara. Tatkala ini,semua penumpang di dalam kapal Mavi Marmara sedar bahawa mereka telah ditawan,dan apa yang perlu mereka lakukan hanyalah mengikuti segala yang dikehendaki oleh tentera. Tentera-tentera Zionis naik ke atas kapal dan menyuruh kesemua untuk berdiam diri. Malah untuk melihat muka mereka pun dimarahi.Tetapi para aktivis kelihatan tenang.

Menurut Ustaz Mustapha Mansor,dia berasa agak takut pada saat tembakan pertama ketika diserang tentera Yahudi. Tetapi selapas itu,serangan yang dilancarkan Israel tidak lagi menggugat jiwa,malah mereka berasa tenang walaupun di dalam keadaan genting sedemikian.Tentera Zionis cukup berasa marah melihat kamera-kamera merakam segala apa yang terjadi. Mereka merampas,menyelongkar segala isi kapal. Dan kesemua penumpang diikat menggunakan plastic. Tangan dijeut dengan ketat,malah salah seorang aktivis yang terselamat melaporkan,sehingga hari ini terasa kebas di bahagian pergelangan tangan yang diikat.Kesemua mereka dikumpulkan di luar dek kapal.

Sedang mereka diikat,kedengaran laungan azan yang dikumandangkan oleh seorang warga Jordan. Alhamdulillah,tentera Zionis mendengar azan tersebut,dan memberi isyarat kepada mereka,adakah kamu ingin berwuduk dan solat,kmudian ikatan mereka dibuka dan dibenarkan berwuduk. Kemudian diikat semula. Selesai menunaikan solat zohor beserta solat jenazah ghaib,mereka semua dibawa masuk ke dalam dek.Sebelum sampai ke destinasi yang dituju oleh pihak tentera Zionis,mereka sempat menjamah biskut. Biskut itu dikongsi bersama 2-3 orang. Yang manisnya disini apabila di dalam keadaan genting sebegitu,masih kuat ikatan ukhwah antara mereka dengan mendahului sahabat yang lain untuk menjamah makanan tersebut. Subhanalllah.

Akhirnya,kapal tersebut berlabuh di Pelabuhan Ashdod. Di situ,begitu ramai orang Yahudi menyambut mereka. Bukan dengan pujian,tetepi dengan makian. Pelbagai cemuhan dan kutukan dilemparkan kepada para aktivis. Para aktivis hanya mampu berdiam diri,kerana mereka sedar mereka berada dalam tawanan. Tiada gunanya melawan,lebih baik berfikir untuk cara yang lebih baik. Anggapan bahawa setibanya di pelabuhan Ashdod,para aktivis akan dibawa turun kapal meleset sama sekali. Mereka terpaksa menunggu di dalam kapal sehingga keesokan harinya iatu pada waktu Subuh. Mungkin disebabkan proses pendokumentasian yang lama. Para aktivis yang berada di dalam kapal menjadi terpinga-pinga,kerana mereka tidak tahu apakah nasib mereka.

Sewaktu mereka berada di dalam kapal,mereka tidak dibenarkan pergi ke tandas. Jika siapa yang meminta,mereka akan diacukan senapang di kepala. Malah,jika ada yang berbuat bising,tentera Zionis akan membawa alat berupa cota memukul kepala mereka. Mashaallah.
Keesokan harinya,mereka dibawa turun dari kapal menuju ke penjara. Bagi yang mempunyai pangkat mahupun hubungan,mereka tidak dihantar ke penjara. Ustaz Mustapha Mansor dibawa menaiki Black Maria(sebuah truck) bersama Kevin,lelaki Kanada yang menjumpai senarai nama aktivis yang ingin dibunuh Israel.Di dalam track tersebut,ia seperti sebuah kotak hitam. Tiada lubang. Hatta,Ustaz mula merasakan nafasnya semakin terhad. Dia memikirkan,sekiranya aku ditembak,aku mati bagitu sahaja,tidak terseksa,. Tetepi jika aku dibiarkan disini,nescaya aku akan mati secara perlahan. Tidak dapat dibayangkan perasaan pada waktu itu. Ustaz melihat Kevin,beliau kelihatan tenang. Beliau memejamkan mata,dan memikirkan perkara-perkara yang indah. Ustaz mengikuti jejak langkah Kevin. Udara haya akan masuk apabila trunk itu dihidupkan. Alhamdulillah,selepas 10 minit,truck itu dihidupkan. Kini,mereka dibawa ke penjara....

Tempat Tahanan/Penjara Bishibar

Sejurus sampai di tempat tahanan Bishibar,mereka diberikan pakaian,stokin dan berus gigi. Sewaktu mereka ditahan,dapai dilihat dengan jelas betapa manjanya orang Eropah serta keprihatinan kerajaannya kepada rakyat. Kedutaan Eropah yang datang menemui warganya bersungguh-sungguh berakta , “What can i do for you,”and whatsoever. Seronok rasanya.
Tetapi terbalik pula yang berlaku kepada orang Islam. Kedutaan Jordan datang dan memanggil kesemua rakyat Joran,Malaysia dan Indonesia. Yang berkata ni adalah setiausaha kepada sheikh qhardawi. Dia berkata lebih kurang macam ni “ Mashaalllah,apa yang kamu semua buat ni. Menyusahkan orang”..... Malu. Itulah ungkapan yang paling tepat untuk menggambarkan perasaan Ustaz pada waktu itu. Betapa Islam tidak ada pada diri seorang muslim. No wonder lah Yusoff Islam berkata “Luckily I found Islam before I met muslims”...

Pembebasan Aktivis Mavi Marmara.

Israel membebaskan tahanan dalam masa 24 jam adalah satu rekod. Rekod yang tidak pernah tercatat Sebelum ini. Alhamdulillah,ini adalah hasil daripada kelantangan suara Perdana Menteri Turkey,Erdagon yang menyuarakan , “Jika kamu tidak membebaskan warga Turki,juga warga bukan Turki dalam masa 24 jam,kami akan melancarkan serangan terhadap kamu”
Turki mempunyai kekuatan tentera yang kuat. Malas rakyatnya juga mempunyai kekuatan tenaga dan berbadan besar. Sewaktu itu juga,Turki telah memutuskan segala hubungan dengan Israel.

Alhamdulillah,Sebelum Subuh,selesai urusan pembebasan para aktivis Mavi Marmara.

Penutup

Pada akhir ucapan Ustaz Mustapha Mansor,beliau bertanya :
“Yang mana lebih penting,mempertahankan Palestine atau pergi ke umrah?”

Rabitah ULama Palestine menyatakan bahawa :
“Membebaskan Palestine adalah Fardhu Ain”

Bahkan si isteri tidak memerlukan izin suami jika dia ingin pergi membebaskan Palestine.

Dan pada ceramah malam ini juga, ustaz bertanya, pada bulan Ogos ini, mereka akan pergi ke Gaza melalui darat.... dan ustaz bertanya, ada sesiapa tak, wakil daripada CFS ingin bersama-sama bersama mengikut ke Gaza? ustaz ingin ekspidisi ini terdiri daripada wakil IPTA. Sesiapa yang nak, boleh tulis nama mereka. Di cfs, terdapat persatuan bernama "ARMY of AL-AQSA" cuba cek di facebook, sesiapa yang berminat boleh memberikan nama mereka kepada ustaz....

ana tidak berapa pasti tentang prosedurnya, tetapi setahu ana... syarat2 untuk mengikuti adalah, sihat mental, fizikal... and, ana tidak berapa pasti...

So? are you guys up for it?

p/s: nota2 ini adalah berdasarkan ceramah yang didengari pada malam itu. Segala kesilapan, ana dahulukan dengan "maaf"...

No comments:

Post a Comment