Salam ‘alaik.
Ana baru sahaja tengok berita… rancangan kapal untuk di hantar ke Palestine tercinta, menerima TEKANAN ISRAEL. Menipulah ana kalau ana kata ana terkejut dengan berita itu. Saudara kita di sana... ya Allah... Nak kata marah, sedih...
Kalau ana dulu, sebelum ditarbiyah, mesti ana akan sekadar melihat di kaca tv dan hanya bertanya dengan keluarga apa pendapat mereka tentang palestine. Itu sahaja yang ana akan buat. Kalau dulu, ana akan mengaggap bahawa, jika negara-negara Islam itu hanya bertanggungjawab terhadap negara sendiri sahaja, itu perkara yang normal. Ke taknya, negara2 Islam sekarang membuktikan perkara itu terhadap diri ana yang dulu.
Dan, sirah2 nabi tentang kerjasama antara saudara Islam yang ana belajar itu SEKADAR penulisan untuk EXAM sahaja, dah takde kena mengena dengan kehidupan ana. SEKADAR UNTUK EXAM.
Banyaknya penipuan.... Kata, Islam?
Sekarang, ya Allah, Alhamdulillah. Kesedaran itu ada.
Tapi, persoalan sebenarnya... setakat mana tahap kesedaran itu sebenarnya. Setakat mana buku2 motivasi, program, kisah nabi... kita betul2 ambil iktibar darinya.
Teringat ana dengan kisah tentang dulu, ana sedang menghidangkan makanan untuk tetamu yang banyak, dan ana sedih meihat ayam2 masakan berada dalam keadaan rosak rupanya (sebab digaul), jadi, ana cakap “Ie, rosakla ayam ni,” banyak kali. And then, ada kakak tu datang tegur “Aik, Macam BERDOA aje?”
Waktu tu ana tersentak. Ana tersedar akan satu benda. Tentang kata-kata kita. Kata-kata kita tu DOA? Eh, biar betul? Bila ana cek2 balik. Waktu kita marah, sedih, rasa ego, bongkak dengan diri, ataupun nak tunjuk ‘cool’... Macam2 kata kesat keluar...dan mengumpat sana, mengumpat sini....hanya kerana tak puas hati. Nauzubillah...
Macam-macam ana berfikir waktu tu, dan ana mula jadi sensitif dengan percakapan, perbuatan, pemikiran ana. Sebab, kerana MULUT, BADAN BINASA. Dan, masalahnya, bukan badan sendiri. Badan orang sekeliling kita pun sama. Macam mana la, satu ayat daripada seorang kakak dapat memberikan ana pengajaran yang besar...
Okay2 macam dah keluar tajuk...
Asif banyak2...Hmm, ana dah terlupa pula nak tulis apa... Aduh... ok2 takpelah... sampai sini sahaja untuk hari ini. Rabu. 26.5.10, 10:10pm
No comments:
Post a Comment