SLAP.... satu lagi nyamuk terlepas. Pergilah nyamuk, ana nak tidur ni... Handphone's clock '5:20'
Aduh, bilikku walupun tingkap tertutup, nyamuk2 ni selalu mencari makanan waktu ini.
hah, apakan pula qiammu sayangku? Tidur adalah masalah besarku. Kerana tidur, qiam terlepas. Kerana tidur, kelas pun lepas? Ya Allah...
Tapi, kebelakangan ini, kerana nyamuk... hmm?
Apakah nyamuk kini menjadi 'alarm clock'ku yang terbaru? Ternyata, jam loceng dan handphone tidak menjadi. Ternyata, kerana nyamuk, badan ini sanggup ingin bangun, mencapai ubat dan spray satu bilik... Tapi, takkanlah tak boleh bangun qiam? BANGUN orang kata!
....
Alhamdulillah, malam jumaat. Talaqqi, majlis ilmu, iftar banyak dilakukan di cfs ini. Banyak ilmu yang melimpah ruah yang ingin disampaikan malam ini, dek ustaz ke, activis mavi marmara, dek hisbah kita sendiri pun. Alhamdulillah. Tapi, ternyata penerimaan ilmu oleh seorang dan orang yang lain ternyata amat berbeza.
Tentang sebanyak mana tahap kesedaran kita tentang ilmu yang kita peroleh ini. Sungguh, islam amat mementingkan tentang ilmu itu sendiri. Tapi, ya Allah... sekarang ini ilmu sekadar menjadi satu perkataan atau ayat2 yang diucapkan di mulut sahaja. Tiada di hati.
Hmh, ana juga masih jahil dalam bab ini.
Tentang tajuk mementingkan diri sendiri. Ana tak tahulah nak cakap apa tentang tajuk ini. Ternyata seorang manusia itu sangat mementingkan diri. Tapi, kita bukan manusia. tapi subhanallah kita seorang MUSLIM, muslimat yang tercinta.
Muslim. Muslim sayangku.
Seorang beragama islam. Islam yang amat tinggi.
Tapi, kenapa kita merendah-rendahkannya?
Kini, artis yang menjadi puja-pujaan, kita khusyuk mendengar lagu2 lagha ini, yang ktia lebih tahu akan isi semasanya. kini, drama atau cerita menjadi kata2 mulut, dah lah tak ada pengajaran, plus terang-terang membuat maksiat depan mata kita.....ulama pula menjadi apa?
Bukankah kita disuruh untuk MASUK KE DALAM ISLAM SEPENUHNYA. Bukan kerana apa sayangku. ISLAM TIDAK MEMERLUKAN KITA.
KITA NI YANG AMAT PERLUKAN ISLAM.
Allah dah selalu tegur kita.
Banyak kali, dalam quran dalam hadis, dalam kelas, dalam kehidupan, dalam solatmu, dalam ibadahmu, dalam masyarakat, semua tempat.
Allah dah banyak tegur kita.
Bukan kerana apa sayang, kerana Allah sangat sayangkan kita. Allah nak kita masuk ke syurga, Allah tak nak kita masuk neraka. Allah nak selamatkan kita. Allah berikan kita Islam.
dari bangun hingga tidur, dari lahir hingga mati.... selama-lamanya.
oleh itu, bermujahadahlah... biarlah bermati-matian.
.......
gara2 nyamuk menjadi alarm clock....
esok kena pergi cek darah, sebab doktor kata takut suspect denggi. Baiklah doktor.
BAIK, sekarang cfs dilanda musim ujian mid-sem, SEMUA PARA MUJAHID akan bertarung dengan matapen. Doakan kami semua ya... Jazakillah kerana sanggup mendengar.
Moga mendapat manfaat dengan blogku yang serba kekurangan ini. sEMOGA semua sentiasa berada dalam naungan rahmatNya. Amin Ya Rabbana.
No comments:
Post a Comment